Dulu Peminat Penulis Ain Maisarah. Sekarang?

Asalamualaikum.

Najihah memang suka sangat dengan buku. Bau buku, pegang kulit buku, belek-belek buku. Memang ketagih. Pergi MPH, POPULAR, MUJI mesti nak juga beli buku sebelum keluar dari kedai. Ya Allah, ada juga terasa nak ada kedai buku sendiri sebab best gila duduk dikelilingi buku. Hahaha


Dulu aku bukanlah seorang budak perempuan yang minat membaca. Tetapi satu hari, ibu aku perli dekat aku.

"Najihah, tengok itu adik ibu banyak baca buku. Najihah pula? asyik-asyik tengok tv sahaja kerja." Mula-mula aku buat endah tak endah sahaja. Tetapi, lama kelamaan ego aku tercabar, aku mula nak baca buku. Heyyy ego perempuan jangan dicabar! Disangka kucing, rupa-rupanya harimau. Roarrr!!!

So aku dan keluarga aku ke PKNS dan ada jualan borong dekat bawah. Banyak buku diberi diskaun. Aku apa lagi, memang mata liar mencari buku yang diminati. Tiba-tiba aku ternampak buku Ain Maisarah. Aku pilih je buku itu. First aku beli buku penulis itu adalah Aku Mahu Ke New York 1.

Bila difikirkan balik, bukanlah aku  pilih buku berdasarkan tajuk. Tetapi berdasarkan nama Ain Maisarah itu nak sama dengan kawan baik aku. Nurin Aina Maisarah. Hahaha. Ok ok walupun pilih buku itu diebabkan nama penulis, lama-kelamaan aku tertarik untuk baca lagi buku-buku yang ditulis penulis.

Banyak koleksi (bagi aku) buku Ain Maisarah yang aku beli. Antaranya :

Aku Mahu Ke New York 1
Aku Mahu Ke New York 2
Aku Mahu Popular
Impiana
Impiana II
Impiana : Misteri Terbongkar
Impiana : Finale
Projek Diet
Hero Sri Bangsar : Hero Rebut Popular
Aku Mahu Lawan Hantu

Ini pula novel yang aku ada pinjam buku dari kawan. Disebabkan duit pokai aku tak mampu nak beli. Berhuhu lah kita. 
Aku Mahu Buli
Aku Mahu Teman Tapi Mesra
Dongeng Sri Bangsar : Cinderella VS Rapunzellah
Dongen Sri Bangsar : Duyung Diva & Si Tanggang

Tak silap itu sahaja buku aku yang aku pernah baca dari penulis. Hmmm. Jadi apabila meningkat remaja, aku kurang minat.Sebab sekarang aku banyak baca buku motivation dan business dari Robert T.Kiyosaki dan buku belajar huhu. Walaubagaimanapun, masa aku ke kedai buku hari itu, aku teringin sangat sangat nak beli semua koleksi Ain Maisarah!. Aku nak tahu apa yang terjadi pada Fasha Ketua The Wannababes, dan sebagainya!. Tetapi aku tahu aku perlu tahan nafsu. Alasannya kerana pokai. Sabarkah wahai hati...

Kalau aku kaya~ aku nak beli semua koleksi buku Ain Maisarah~
Nak baca semua~ Hingga puas hati~
Kalau aku kaya~ Kalau aku kaya~
Asalamualaikum.

BACA LAGI

POPULAR POST